0nly to Allah....

Akan tiba masa itu

Posted by ::RnR:: on - -


Dia yang ada segalanya


Akan sampai satu masa kamu rasa penat,
akan sampai satu masa kamu ingin meraung sekuat-kuatnya,
akan sampai satu masa air mata itu keluar tanpa henti,
akan sampai satu masa hati kamu terasa sakit yang teramat,
akan sampai satu masa kamu tidak tahu apa yang perlu dilakukan,


kamu keliru, kamu bingung
kata kamu


"Kebelakangan ini, hatiku menjadi keras seperti batu, sudah tentu ini kerana banyaknya dosa-dosaku" (Syeikh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti)


Kau bingung apa yang perlu dilakukan, 
Kau rasakan kau teramat lemah sehingga kau tak berupaya melakukan apapun
hanya air mata yang menemani,
lemah itulah kamu
dan sememangnya kamu itu lemah!
selagi kamu tidak bergantung kepada yang kuat dan gagah
kepada yang memiliki seluruh alam ini
sememangnya kamu lemah!


dan ketahuilah kerana kelemahan itulah
kamu mesti bangun dikala yang lain lena diulit kelembutan angin malam
kerana ketidakupayaan itulah
kamu mesti tunduk, bersimpuh dihadapanNya
kerana ketidaktahuan yang menggunung itulah
kamu mesti menadah tangan penuh kehambaan
Kamu itu insan hina
yang mengembara dibumiNya


"Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku menjadi sempit,
aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunanMu sebagai tangga.
Dosaku tersangatlah berat, namun ketika kubandingkan,
ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar"
(Imam Syafie)


Ya Rabb yakinkahlah aku dengan janji-janjiMu,
tetapkan aku dalam keredhaanMu,
masukkan daku dalam golongan orang yang berjuang hanya keranaMu,
Sunggah ya Allah, aku takkan mampu bertahan dalam suasana jahiliyyah yang memekat
aku akan jadi bingung mungkin juga bakal menjadi gila,
maka ya Rabb bantulah aku
jangan kau biarkan nasibku ditentu oleh diriku sendiri walau jangka masa sesaat
atau jangka yang lebih pendek dari itu


Ampunilah daku ya Allah


Categories: , ,